Tuesday, September 20, 2011

KHIDMAT MASYARAKAT

            
PROGRAM RIANG RIA BERSAMA
ANAK-ANAK YATIM ISLAM KLUANG
ANJURAN BERSAMA KUMPULAN PELAJAR UUM PLK
 CAWANGAN JOHOR BAHRU, JOHOR.

1.0.        PENGENALAN

Program adalah merupakan satu program khidmat sosial atau pembangunan masyarakat para Pelajar Luar Kampus (PLK) Universiti Utara Malaysia,  Kampus Johor Bahru,  Johor Darul Takzim.  Program ini dinamakan “Riang Ria  Bersama 'Anak'  Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kluang” bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai tanggungjawab sosial  terhadap masyarakat terutama bagi golongan yang kurang bernasib baik.  Selain itu ianya bertujuan untuk meningkatkan penglibatan aktif masyarakat (kumpulan pelajar PLK UUM Johor Bahru) dan golongan yang kurang bernasib baik ini (Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kluang) bahawa masih ada golongan masyarakat yang prihatin terhadap mereka. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar cara untuk menjalankan proses merangka,  merancang,  mengurus dan melaksanakan sesuatu projek secara berdokumen dengan bimbingan pensyarah yang berpengetahuan tinggi dan bertauliah dalam melengkapkan pembelajaran para pelajar PLK dengan sempurna.
Sehubungan itu,  program ini sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan,  meningkatkan kesedaran,  memberi pendedahan tentang tanggungjawab sosial setiap masyarakat (pelajar) serta dapat memupuk semangat kerjasama yang erat di antara satu sama lain di samping dapat  menimbulkan rasa ingin berbakti kepada masyarakat di dalam diri pelajar itu sendiri.

No comments:

Post a Comment