Mahasiswa UUM Kampus Johor ceriakan anak yatim PKAYIK
PARA penuntut UUM Kampus Johor gembira bersama anak-anak yatim pada Majlis Riang Ria Bersama Anak-Anak Yatim di Kluang, baru-baru ini.
KLUANG 4 Okt. - Suasana di bangunan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Kluang (PKAYIK), di sini 'riuh' dengan kehadiran 15 penuntut luar kampus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam, Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Johor, baru-baru ini.
Kehadiran penuntut tahun dua itu bukan hanya kunjungan biasa, tetapi menganjurkan Program Riang Ria Sukaneka bersama 60 penghuni pertubuhan itu.
Menurut Ketua Program itu, Hazri Haron, 40, aktiviti itu merupakan projek kedua anjuran pihaknya selepas mengadakan Program Masih Ada Yang Sayang di Rumah Orang Tua Kempas pada semester lalu.
"Projek kali ini bertujuan menyelami hati kanak-kanak iaitu modal insan yang amat berguna suatu hari kelak di samping memberi suntikan semangat kepada mereka supaya lebih berjaya dalam pelajaran masing-masing," katanya.
Selain itu, katanya, program tersebut juga sebahagian daripada aktiviti khidmat sosial penuntut luar kampus bagi memberi ilmu mengenai masyarakat bagi melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam diri peserta.
Menurutnya, program itu diharap dapat menerapkan nilai-nilai murni dan semangat saling membantu dalam kalangan mahasiswa.
Pada program itu, mereka turut menyampaikan sumbangan daripada Jay Bee Auto Service Station, Mohalims Enterprise, Esso Taman Daya dan beberapa individu lain berupa wang tunai berjumlah RM2,500 kepada PKAYIK yang diserahkan kepada Pengetuanya, Ghazali Alwi.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Almari pengering pakaian
• Sertai alumni wujud perkongsian maklumat
• Mahasiswa UUM Kampus Johor ceriakan anak yatim PKAYIK
• Kunjungi universiti dalam program lawatan sambil belajar
• Dadah dirampas di Nusajaya
• 5,000 serbu rumah terbuka ADUN Endau
• MPJBT sedia hadiah wang tunai
• Sertai alumni wujud perkongsian maklumat
• Mahasiswa UUM Kampus Johor ceriakan anak yatim PKAYIK
• Kunjungi universiti dalam program lawatan sambil belajar
• Dadah dirampas di Nusajaya
• 5,000 serbu rumah terbuka ADUN Endau
• MPJBT sedia hadiah wang tunai
No comments:
Post a Comment